Oleh : Dr.H.K.Suheimi
PENGORBANAN DI DALAM KONTEKS
HARI INI
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِا لْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ
بَشِيْراً وَنَذِيْرًا وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُنِيْراً
وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَصَفِيُّ اللّهِ مِنْ خَلْقِهِ
وَحَبِيْبُهُ إِمَامُ الأَنْبِيَاءِ وَ سَيِّدُ المُْرْسَلِيْنَ اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى هَذَا النَّبِيِّ الْمُخْتَارِ وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّّمْ تَسْلِيْماً
كَثِيْرًا
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللّهِ اتَّقُوْا اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ
تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Allahuakbar 9 X
Allahuakbar Allah Maha Besar segalanya menjadi kecil bila di bandingkan
dengan Allahuakbar. Bandingkanlah ternyata diri kita ini sebesar titik jika di bandingkan dengan kota P Panjang. Dan
P Panjang sebesar titik jika di bandingkan dengan dunia bumi kita ini. Dan Bumi
ternyata sebesar titik bila dibandingkan dengan Matahari. Ternyata ada 200
milyard Matahari mengelililingi Cluster. Maka Matahari terlihat sebesar titik
di dalam Galaxi Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster
Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster Ternyata ada 200
milyard Matahari mengelililingi Cluster
Berusahalah
setiap jiwa agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Semoga taqwa yang
menjadi pemimpin dan bekalan bagi kehidupan sementara ini akan seterusnya
membawa segala bentuk kejayaan bagi kita sekalian Ameen.
Kita
masih lagi berada di dalam bulan yang istimewa ini. Inilah bulan Zulhijjah,
bulan yang mengingatkan kita erti dan maksud pengorbanan. Berkorban apa sahaja,
demi kerana cinta dan rindu untuk mendapat keredaan Tuhan yang sangat
Penyayang. Seorang ayah bersama anaknya
berkorban demi untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ayah dan anak yang
menjadi Nabi dan Rasul utusan Allah itu seterusnya membentuk keluarga yang
terulung, yang lahir dari zuriat mereka para Nabi dan Rasul lain, yang begitu
tinggi kemuliaan mereka. Ayah itu bernama Nabi Ibrahim dan anaknya pula, Nabi
Ismail. Di antara zuriat mereka adalah Nabi kecintaan kita, Nabi Muhammad
s.a.w.
Sidang
Jumaat yang dikasihi sekalian,
Bulan ini
juga adalah bulan Haji, satu ibadah yang mengajar insan untuk berkorban,
sanggup meninggalkan mereka yang disayangi, membelanjakan harta demi untuk
mencari pengampunan dan keredaan Allah, serta bertemu dengan saudara-saudara
Islam dari merata dunia.
Marilah
kita cuba merenung kehidupan kita pula sejenak. Saya yakin kita akan dapati
kita pernah membuat pengorbanan walaupun kecil, mungkin untuk diri sendiri,
sama ada dengan bekerja siang dan malam, atau berkorban untuk anak isteri, demi
untuk kebahagian mereka, atau dengan cara lain untuk sebab-sebab tertentu. Yang pasti adalah lita pernah berkorban. Pernah
kita fikirkan mengapa kita sanggup berkorban? Apakah dorongan yang terkuat
sehingga kita sanggup berkorban? Jika kita fikirkan, kita akan dapati sebabnya
adalah cinta kepada sesuatu dan komitmen kita terhadap visi serta wawasan yang
ingin dicapai. Jika kita benar-benar cintakan sesuatu, pasti kita akan berusaha
sedaya-upaya untuk mendapatkannya, walaupun kita terpaksa berkorban apa sahaja.
Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail, serta umat Islam yang menunaikan ibadah Haji, semuanya
cintakan Allah. Visi dan matlamat mereka satu ; untuk mendapat keredaan Allah
semata-mata. Maka itulah, mereka sanggup berkorban, dengan apa cara sekalipun.
Kerana
itulah, Saudara-saudara yang dikasihi sekalian, Islam mendidik kita bahawa
matlamat dan visi setiap orang yang beriman adalah untuk mencintai Allah.
Renunglah bersama firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Surah Al-Imran ayat 31
:
قُلْ إِن كُنتُمْ
تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Yang
bermaksud “Katakanlah (Wahai Rasulullah
kepada orang-orang yang beriman) sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,
maka ikutlah aku, iaitu Rasululah, maka Allah akan meletakkan kecintaan itu
pada kamu dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar