Jumat, 18 Oktober 2013

I D U L A D H A



Oleh : Dr.H.K.Suheimi

PENGORBANAN DI DALAM KONTEKS HARI INI
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِا لْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ بَشِيْراً وَنَذِيْرًا وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُنِيْراً وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَصَفِيُّ اللّهِ مِنْ خَلْقِهِ وَحَبِيْبُهُ إِمَامُ الأَنْبِيَاءِ وَ سَيِّدُ المُْرْسَلِيْنَ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى هَذَا النَّبِيِّ الْمُخْتَارِ وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّّمْ تَسْلِيْماً كَثِيْرًا
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللّهِ اتَّقُوْا اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Allahuakbar 9 X
Allahuakbar Allah Maha Besar segalanya menjadi kecil bila di bandingkan dengan Allahuakbar. Bandingkanlah ternyata diri kita ini sebesar titik  jika di bandingkan dengan kota P Panjang. Dan P Panjang sebesar titik jika di bandingkan dengan dunia bumi kita ini. Dan Bumi ternyata sebesar titik bila dibandingkan dengan Matahari. Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster. Maka Matahari terlihat sebesar titik di dalam Galaxi Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster Ternyata ada 200 milyard Matahari mengelililingi Cluster
Berusahalah setiap jiwa agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Semoga taqwa yang menjadi pemimpin dan bekalan bagi kehidupan sementara ini akan seterusnya membawa segala bentuk kejayaan bagi kita sekalian Ameen.

Kita masih lagi berada di dalam bulan yang istimewa ini. Inilah bulan Zulhijjah, bulan yang mengingatkan kita erti dan maksud pengorbanan. Berkorban apa sahaja, demi kerana cinta dan rindu untuk mendapat keredaan Tuhan yang sangat Penyayang.  Seorang ayah bersama anaknya berkorban demi untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ayah dan anak yang menjadi Nabi dan Rasul utusan Allah itu seterusnya membentuk keluarga yang terulung, yang lahir dari zuriat mereka para Nabi dan Rasul lain, yang begitu tinggi kemuliaan mereka. Ayah itu bernama Nabi Ibrahim dan anaknya pula, Nabi Ismail. Di antara zuriat mereka adalah Nabi kecintaan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Bulan ini juga adalah bulan Haji, satu ibadah yang mengajar insan untuk berkorban, sanggup meninggalkan mereka yang disayangi, membelanjakan harta demi untuk mencari pengampunan dan keredaan Allah, serta bertemu dengan saudara-saudara Islam dari merata dunia.

Marilah kita cuba merenung kehidupan kita pula sejenak. Saya yakin kita akan dapati kita pernah membuat pengorbanan walaupun kecil, mungkin untuk diri sendiri, sama ada dengan bekerja siang dan malam, atau berkorban untuk anak isteri, demi untuk kebahagian mereka, atau dengan cara lain untuk sebab-sebab tertentu. Yang  pasti adalah lita pernah berkorban. Pernah kita fikirkan mengapa kita sanggup berkorban? Apakah dorongan yang terkuat sehingga kita sanggup berkorban? Jika kita fikirkan, kita akan dapati sebabnya adalah cinta kepada sesuatu dan komitmen kita terhadap visi serta wawasan yang ingin dicapai. Jika kita benar-benar cintakan sesuatu, pasti kita akan berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkannya, walaupun kita terpaksa berkorban apa sahaja.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, serta umat Islam yang menunaikan ibadah Haji, semuanya cintakan Allah. Visi dan matlamat mereka satu ; untuk mendapat keredaan Allah semata-mata. Maka itulah, mereka sanggup berkorban, dengan apa cara sekalipun.

Kerana itulah, Saudara-saudara yang dikasihi sekalian, Islam mendidik kita bahawa matlamat dan visi setiap orang yang beriman adalah untuk mencintai Allah. Renunglah bersama firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Surah Al-Imran ayat 31 :
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Yang bermaksud  “Katakanlah (Wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman) sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku, iaitu Rasululah, maka Allah akan meletakkan kecintaan itu pada kamu dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar